Monday, April 18, 2011

tokektokektokektokek

 after few months doing this gecko things, baru aku tahu banyak gila spesis menatang nih. pelik - pelik  belaka. gambar - gambar nih pon aku rembat dari fon group tokek aku. muka dia dari tepi macam awie do. psycho bhaai. haha. pahal cakap pasal dia ? -.- so, korang usha lah keunikan ciptaan Tuhan nih. SubhanAllah..









Sunday, April 10, 2011

orang ajak aku kawin ? OMG !!

ye.
assalamualaikum n salam 1 malaysia kpd semua pembaca. di sini, aku berada dalam keadaan yang tidak tenang dan tak bole blah becoz of the statement above, but bole rilek lagi -,- . aku pon tak taw pehal dengan minah nih, tetiba ajak aku kawen. act, dia memang problem becoz of her mum's demand to get marry before the end of this year. gila punya mak -,- maybe becoz of she's getting 29 next year, and almost being 'andartu' for sure. aku kesian memang kesian, but decision dia, aku tak bole blah. aku muda lagi weyh nak kawen ! lagipon, hampa lah admire aku tuh, kalau aku nak kawen dah . HAHA. um. ok. tade sape pon nak hampa. aku sedar aku siapa -,- ehem. maybe memang dia desperate gila babi kot. hm. apepon, aku doakan dia jumpalah dengan jodoh yang soleh sepadan dengan diri dia. ingat ye adik2, orang yang baik untuk orang yang baik. hehs. tetiba. macam-macam orang zaman sekarang -,-

mula2 chat macam biasa jek. act 'korang' tuh, refer to group tokek aku yg lain. n tetiba jek......=.=



aku dah mula tak bole blah...




amek kau kene bebel -.-

n i was like...WTF ?!!








n after that, dia teros off n on balik. n aku buad bodo jek....

Saturday, April 9, 2011

guess what,aku buat facial ? hahha !

     tu diaaa.. buat facial meyh . nak jadi cun ke de ? HAHA. takde la..tak expect pon nak buat. cerita time cuti after exam yang lepas. aku balik jb. dah lama gile tak balik. last cuti raya cina kot. sangat rindu sama my family :) hari sabtu aku hang dengan fizi, membe gua time skola rendah dulu. hari tu, kitorang pegi angsana nak tengok cousin dia perform lah actually. walking otw to stage, si fizi nih jalan laju entah pe yang dikejar. aku yang tetinggal kat belakang, tetiba kena tarik dengan sowang minah nih. aku pon tekejut meyh. rupa2 nya dia bukak facial booth kat situ =.= . bebel2 pasal muka berminyak pejadah, fizi pon datang. dia bagi harga promotion ape bagai, aku malas nak buat pon. si fizi plak nak buat coz muka dia lagi teruk. ( minah tu cakap bukan aku, ok :p ) dia pon ajak lah aku skali. hurm. yelah -,- buat appoinment pukul 6.30 petang, kat bandar baru uda. 

     masok2, semua amoi. cun2 woahh. seko2 jenis tak reti pakai seluar. aku duk geleng kepala jek. (acah2 :p) lama nak mampos dalam tuh. 2 jam. aku sempat tetido lagi time2 tengah facial uh =.= time dia picit jerawat, mak oi ! aku rasa nak terangkat do. angkat pe ? ha.fikir bukan2 kowang nih -,- tetibe. aku rasa nak terangkat kaki nak sepak je amoi uh. sakit gila doh. amoi tu bole gelak, n dia kata nasib baik jerawat at muka aku sikit. kesian kat membe u tu lagi sakit. ( sumpah amoi tu cakap doh, fizi. aku tak tipu ! :p ) ok.tapi si fizi nih lagi hensem dari gua r.ha. aku dah confess, fair ok ? HAHA. lepas tuh, ada pakai mesin ntah ape nta. macam roller atas muka. lepas tu, ada renjatan elektrik lagi. ha. bapak cuak. nasib baik mata aku tertutup time tuh. after settle, kitorang pon chow lah dalam keadaan yang hensem ;D


sakai bhai..da macam ape gua tengok.HAHA


Wednesday, April 6, 2011

Confusing distorted passed love story - the truth.

     just passing by a blog. a friend of mine. feeling irritated. more to deplore. 
the feeling ? it should be. juz because of the truth is complicated and never been told-perfectly actually.
i still remember. by the time i know her. its not what i'm expecting, to fall in love with her.sriously. :)
stalking at my friend's pic album at first, ( but he know laa...) and impressed on a couple of her. then i was asking bout her name, "heh2,asal, kau interested kat dia ?" and i was " =.= aku tanye je"

ok.pause.nice try,ez. but kau punya grammar pecah kapal. =.=

     continue :  from that day, aku pon tahu nama dia, M...... jela aku tules.heh. n sikit bout her background. membe aku, T story bout her. time tu, M ni gf dia. tetibe, he told me that dia tak minat kat minah nih. n he already hook up with another girl from ssp time tu. biase laa...hot stuff lah kan.ha.n i was, ape kebodohnyelakaunih? aku tengok awek ssp uh tade r cun mane. chubby skit jelaa..taste die.ok.
aku juz rase, tak baik buat minah uh macam tu an coz aku tengok M sayang gile at si T. lagipon, dia kapel with M dlu, then baru pasang minah ssp tu la. aku pon menggatal la try nak baikkan balik diorang berdua.
aku time tu,da kapel. so, takde niat lah nak rosakkan lagi rumah tangga orang,hm? aku ingat lagi.time tu, anniversary diorang, but T lupe nak wish. act, aku tak aw pon date ann. diorang, but M bgtahu la.n aku pon sedapkan hati si M maybe T busy because of his study. aku pon ingatkan lah kat T,ask him to wish. the next nyte, M pon txt aku happily, T dah wish..Then ok lah :)

     tak lama lepas tu, aku dihujani problems yang buat aku tension and affecting my studies. family problem. n aku break with my gf because aku rase rimas gila with txting 24hours plus serabut with my probs. maybe silap aku manjakan dia. but. nta r. aku stop thinking bout girl for a while. n aku pon dapat berita yang dia dah ade pengganti. tipu kalau aku tak jelez, but its over.so, fullstop. aku try pendam probs ni sorang2, dengan harapan, i'll find the way, but i was wrong. nta macam mana, aku tak ingat, T and M dah pon break. n aku rase cm siod kau T. penat aku menyebok dalam korang punye relationship..las2 kau break gak =.= sape suruh busybody an.haha. then start dari tu r. aku rajin contact M. she is a good friend. n yang buat aku rajin contact dia tu becoz of her masok air,makes me HAHA n get rid of my probs for a while. until i was fall in love with her. and she was mine. it was really a great moment :)

     conflict started when M realized a picture comment from my ex,something like b-baby camtu r.aku pon dah tak ingat. n hm. M, if u could juz read the date when it was posted. cmmnt tu wujud mase aku still kapel with my ex. aku bukan menduakan kan kau.( terpaksa pakai prkataan poyo nih coz aku tak aw nak pkai phrase ape -,- ) 
aku bukan hotstuff nak jadi playboy.
aku bukan hensem nak simpan banyak - banyak awek.
aku bukan keling nak mengencing.
i juz wanna say.
its only u at that time.
but now u dah ade dia,
then ape guna aku cerita ?
juz want to make everything clear.
n a full stop.
coz i've already stop to think about.
juz aku rindu, friendship kite dulu..
then, gudluck lah . :)

Tuesday, April 5, 2011

lend me your eyes and spend a little time =]

aku terbaca dari wall membe aku. n tergamam seketika. aku decide nak share dengan korang. renung2kan. . . .

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.     
    Gambaran Hari Kiamat   
     ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
     ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
     ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
     ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
     ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
     ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.    
     ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 
     ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
     ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 
     ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
     ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. 
Mereka ialah: ⅰ- Pemimpin yang adil. 
                      ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
                      ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
                      ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
                      ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
                      ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
                     ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
     ✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
     ✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 
     ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 
     ✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 
     ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
     ✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 
     ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
     ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
     ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
     ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
     ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
     ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
     ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 
     ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
     ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
          ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
         ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
        ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah
SWT.) 
     ✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
     ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
     ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
     ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 
     ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. 
                                                                  ② Doa anak²nya yang soleh. 
                                                                  ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
SubhanAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...